Salam sejahtera pembuka kata,
harap dibaca masterpiece saya,
16 puteri,10 putera,
kisah 1 Jujur yang paling popular.
Kelas terbersih dinobat setiap minggu,
menjadi bualan ini juga itu,
kelas kami happening,gempak dan cool,
wujudnya di Bandaraya Hill High School
Puan Zaleha Ismail cantik jelita,
guru tingkatan sporting kami semua,
homework BM senang sahaja,
sambutan Hari Jadinya tidak akan dilupa,
Hal ehwal kelas dijaga oleh dia,
Ketua kelas clumsy Hariesh namanya,
Azreen ialah penolong ketua,
sentiasa happy juga ceria
Dini pengawas,ketua kebersihan juga,
joinlah dia juga mahu A Agama
Yvonne pula bergeliga otaknya,
bila taekwando serius gila
Haziq dan Adib takda kerja,
buat kelas ketawa tak kesah bila,
berlesung pipit Emirul namanya,
lihat wajahnya sahaja boleh tertawa
Budak comel bernama Julia,
tak faham English tanyalah dia,
kacukan Germany itulah Alyssa,
cun orangnya kelakar juga
Satu-satunya budak asrama,
itulah Rahman kami semua,
Berwarna-warni G-Shock dia,
kepunyaan Aldreen sungguh bergaya
Thanusha,Hemaa juga Hamsavie,
merekalah Indian Girls kelas kami,
Tiffany Ng pengawas kelas ini,
amat selamba juga berani
Ashvin dan Durveish gila0gila,
bercakap tak henti bising sahaja,
Shesshsan dan Aaron rakan mereka,
bergelak ketawa tak kira masa
Peminat Korea Anis namanya,
members 2PM kepunyaan dia,
Athiqah dia diberi nama,
bertubuh kecil,comel sahaja
Ainna Natasha popular orangnya,
dah lah cantik, pandai pula
berambut pendek Amirah namanya,
Baik hati dan rajin itu sifatnya
Syazwani Mustafa kreatif orangnya,
sikap penyabar disenangi semua,
Ain Musa duduk disebelahnya,
Suaranya manja,baik juga
Penulisnya pula bernama Puteri,
kaca mata ungu penghias diri,
kisah semua ini dari hati,
kalau tersalah harap dimaafi
Tamatlah sudah masterpiece ku ini,
kisah 1 Jujur yang aku cintai,
harap nukilanku mencuit hati,
dapat dikenang hingga ke akhir nanti...
(Karya: Puteri Zai 1 Jujur 2011)
yess!!! akhirnya siap jugak!!
satu karya khas untuk 1 jujur 2011 :D
maaf korang tak boleh tukar lagi okay!!!
muahahahahahah
assalamualaikum...
Cool giler wei...=)
ReplyDeleteTergelak aku baca...XD
thanks lavonne
ReplyDeletekau kenal aku kan...?? lol
ReplyDelete